Apa itu Corona Virus dan di mana ia bermula?

Novel coronavirus adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.

Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia (human to human tranmission).

Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.

Apakah gejala yang disebabkan oleh Coronavirus ini?

Menurut CNN virus ini membuat orang jatuh sakit, biasanya dengan penyakit saluran pernafasan yang ringan hingga sederhana, serupa dengan coronavirus lain dan selesema biasa.

Gejala termasuk hidung berair, batuk, sakit tekak, mungkin sakit kepala, dan mungkin demam, yang boleh berlarutan selama beberapa hari.

Walau bagaimanapun, virus itu barangkali mampu menyebabkan penyakit saluran pernafasan yang lebih serius, seperti radang paru-paru, tetapi biasanya hanya berlaku kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti orang tua dan yang anak kecil.

Bagaimana Ia boleh tersebar di kalangan manusia?

Coronavirus paling kerap merebak dari orang yang dijangkiti kepada orang lain melalui:

  • Udara daripada batuk dan bersin,
  • Sentuhan kulit seperti berjabat tangan,
  • Menyentuh objek atau permukaan dengan virus di atasnya, kemudian menyentuh mulut, hidung, atau mata sebelum mencuci tangan
  • Jarang terjadi, pencemaran najis.
Langkah-langkah melindungi diri anda daripada risiko jangkitan Corona Virus.

Buat masa ini, tiada vaksin yang tersedia untuk melindungi jangkitan coronavirus manusia.Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa langkah berjaga-jaga standard bagi mencegah sebarang jangkitan virus yang merangkumi:

  • Cuci tangan, terutamanya selepas sentuhan langsung dengan orang sakit dan persekitarannya,
  • Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin,
  • Memasak daging dan telur dengan teliti, dan
  • Menghindari hubungan rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit pernafasan seperti batuk dan bersin.
Apa yang harus anda lakukan untuk meminimumkan risiko dijangkiti Coronavirus?

Menteri kesihatan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguh perjalanan ke China berikutan wabak koronavirus kecuali atas urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

Sekiranya masih perlu melawat negara itu, mereka dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti membasuh tangan menggunakan sabun, menggunakan pensanitasi tangan dan mengenakan topeng muka.

Mereka juga dinasihatkan mengelak mengunjungi tempat tumpuan ramai, ladang haiwan ternakan, pasar yang menjual binatang hidup, pusat sembelihan dan tidak menyentuh sebarang jenis haiwan.

Semasa dalam tempoh lawatan juga, dinasihat elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

Mereka yang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan juga perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

  • March 26, 2020by fairu
  • 58
  • 0

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *